Tuesday, November 4, 2014

Kenangan Kursus PLuG TMK PPDKK

Posted by Unknown 3:15 PM


Memori peserta kursus dalam haru biru pembentangan mereka.

Blog Kumpulan 1

Posted by Unknown 6:26 AM

Komputer generasi pertama menggunakan tiub-tiub vakum untuk memproses dan menyimpan maklumat. Tiub vakum berukuran seperti mentol lampu kecil. Ia menjadi cepat panas dan mudah terbakar. Beribu-ribu tiub vakum diperlukan pada satu masa supaya setiap yang terbakar tidak menjejaskan operasi keseluruhan komputer. Komputer juga menggunakan tenaga elektrik yang banyak sehingga kadang-kadang menyebabkan gangguan pada kawasan sekelilingnya.  

Pautan Blog Kumpulan Ini :

Monday, November 3, 2014

Blog Kumpulan 2

Posted by Unknown 6:30 AM

Komputer-komputer generasi kedua menggunakan transistor dan diod untuk menggantikan tiub-tiub vakum, menjadikan saiz komputer lebih kecil dan murah. Daya ketahanan transistor didapati lebih baik kerana tidak mudah terbakar jika dibandingkan dengan vakum. Cara baru menyimpan ingatan juga diperkenalkan iaitu teras megnetik. Teras megnetik menggunakan besi-besi halus yang dililit oleh litar elektrik.

Pautan Blog Kumpulan Ini :


Sunday, November 2, 2014

Blog Kumpulan 3

Posted by Unknown 6:33 AM

Komputer generasi ketiga. Penyelidikan mikroelektronik yang pesat berjaya meghaluskan transistor kepada saiz mikroskopik. Beberapa ratu ribu transistor ini dapat dipadatkan ke dalam kepingan silikon melalui proses yang dipanggil pengamiran skala besar (large scale integration, LSI), untuk menghasilakan litar terkamir atau lebih dikenali dengan panggilan cip. Cip mula menggantikan transistor sebagai bahan logik komputer. Saiz cip yang kecil menjadikannya popular digunakan dalam kebanyakan alat elektronik dan harganya jauh lebih murah berbanding dengan komponen elektronik yang lain.

Pautan Blog Kumpulan Ini :


Saturday, November 1, 2014

Blog Kumpulan 4

Posted by Unknown 6:35 AM

Komputer generasi keempat. Generasi ini membuat penemuan baru di dalam penciptaan cip silikon, mikropemproses dan peranti storan pemprosesan yang dapat dilakukan dengan lebih pantas, sehingga berjuta bit sesaat. Ia boleh dirangkaikan dengan komputer lain membentuk rangkaian komputer. Selain itu ia membentuk kepada pembangunan internet. Komputer generasi ini melibatkan pembangunan GUIs, tetikus dan peranti pegang tangan. Ingatan utama komputer juga menjadi lebih cekap, pantas, dan besar. Antara contoh komputer generasi ini ialah IBM 370, Apple II, IBM PC/XT, IBM PC/386, IBM PC/486, dan IBM Pentium II.

Pautan Blog Kumpulan Ini :


Friday, October 31, 2014

Blog Kumpulan 5

Posted by Unknown 6:39 AM

Generasi kelima dalam siri evolusi komputer mungkin belum wujud lagi dan ia merupakan komputer impian masa depan. Rekabentuk komputer generasi kelima adalah lebih kompleks. Ia dijangka mempunyai lebih banyak unit pemproses yang berfungsi serentak untuk menyelesaikan lebih daripada satu tugas dalam satu masa.

Pautan Blog Kumpulan Ini :


Thursday, October 30, 2014

Blog Kumpulan 6

Posted by Unknown 6:42 AM

Komputer generasi  seterusnya  mempunyai ingatan yang amat besar supaya membolehkannya menyelesaikan lebih banyak masalah yang kompleks. Ciri-ciri komputer ini adalah lebih canggih, lebih murah dan memiliki kemampuan untuk mendengar, berbicara dan berfikir serta mampu membuat kesimpulan seperti manusia. Komputer impian ini dijangka mempunyai kepandaian sendiri, mengesan keadaan sekeliling melalui penglihatan dan bijak mengambil sesuatu keputusan bebas daripada kawlan manusia. Sifat luar biasa ini disebut sebagai "artificial intelligence".

Pautan Blog Kumpulan Ini :

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube
  • Seronoknya TMK

    Seronoknya TMK
  • Zaman Sekarang

    Zaman Sekarang
  • Adakah blog ini membantu anda dalam PdP?